Gerakan Anak Muda: Pemangkin Masa Depan

Sejak akhir- akhir ini, gerakan anak muda telah mendapat perhatian di khayalak antarabangsa dan berpengaruh dari segi reformasi dan kepimpinan. Dari parti terkenal En Marche dibawah kepimpinan Emmanuel Marcon yang berjaya menjadi kerajaan Perancis dan juga parti Future Forward di Thailand, mereka adalah contoh bagaimana golongan belia mengubah landskap politik. Malahan, politik Malaysia kini penuh dengan kejutan dan luar jangkaan banyak pihak dengan adanya gerakan anak muda memasuki gelanggan politik.

Antara contoh individu yang terkenal dalam gerakan anak muda ialah Syed Saddiq yang merupakan bekas Menteri Belia dan Sukan, dan juga pemegang rekod sebagai menteri persekutuan yang paling muda dalam sejarah politik Malaysia. Lebih – lebih lagi, beliau advokasi dalam pendedahan politik awal dan gerakan anak muda seperti menyokong rang undang – undang merendahkan had minima mengundi dan pelopor sukan e-sukan di Malaysia. Dalam pada itu, beliau kini sedang membina parti orang muda dan kini secara asing berdiri teguh daripada mentor beliau, Dr Mahathir.

Gerakan anak muda bukan perkara yang baru dalam arena politik. Bahkan, segelintir gerakan anak muda terawal dapat dijejak pada kurun ke 18 pada zaman Revolusi Industri. Giuseppe Manzini merupakan antara salah satu tokoh yang sangat berpengaruh sehinggakan menjadi inspirasi kepada tokoh hebat seperti Mahatman Gandi. Beliau telah menubuhkan parti revolusi pemuda Young Italy (1832) dengan tujuan untuk menyatukan Itali.

Bendera gerakan Young Italy (Giovine Itali) yang merupakan asas kepada bendera negara Itali sekarang. (Gambar daripada Manny Mannheimer)

Kenapa gerakan anak muda?

Sebagai generasi belia pada zaman sekarang, kadang – kala soalan yang mencabar ini perlulah ditanya. Kenapa gerakan anak muda? Mengapakah kita tidak bergantung sahaja dengan suasana politik sekarang? Apakah keperluan dengan adanya gerakan anak muda? Antara faktor utama yang perlunya adalah keinginan suara anak muda didengari dan suatu keputusan melibatkan golongan anak muda. Hal ini kerana berpunca daripada ketidakpuasan hatinya golongan anak muda dalam polisi yang merangkumi aspek ekonomi dan sosial oleh kerajaan terdahulu dan kerajaan sekarang.

Kekurangan representasi anak muda dalam parlimen merupakan penyebab anak muda  mengalami kerugian dalam pengusulan rang undang – undang. (Gambar daripada MalaysiaKini)

Di samping itu, antara faktor yang perlunya gerakan anak muda adalah disebabkan golongan ahli politik tua yang sering memomokkan ideologi anak muda kekurangan pengalaman dan tidak layak dalam memimpin. Disebabkan inilah golongan belia di Malaysia terpaksa menderita dan menghadap kerugian dalam hasil sesebuah polisi. Dari kenaikan gaji minima yang sangat minimum saban tahun, peluang pekerjaan yang tipis khusunya dalam STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan,Matematik), akses pendidikan pengajian tinggi hinggalah kepada kemudahan akses internet. Ingatlah bahawa negara ini telah diperintah oleh golongan yang sama dari sejak zaman kemerdekaan Malaysia. Bila lagi suara anak muda akan diambil kira secara serius jikalau tiada gerakan ditubuhkan?

Bagaimana saya  bermula?

Berbeza dengan pendapat popular umum, mengundi merupakan langkah pertama yang boleh dimulakan. Ia merupakan suatu tindakan yang dimana semua anak muda boleh memberikan sumbangan. Justifikasinya, mengundi merupakan suatu contoh advokasi dalam menyuarakan ketidakpuasan hati dalam situasi semasa dan inginkan perubahan. Mengundi juga merupakan merupakan sumbangan kepada misi yang dibawa oleh gerakan anak muda. Janganlah memandang enteng kuasa mengundi. Satu undi diperoleh dapat mengubah nasib sesebuah negara dari segi polisi dan juga pentadbiran kerajaan.

Golongan anak muda sangat berpengaruh dalam keputusan Pilihan Raya Umum 14 yang memberikan kejayaan kerajaan Pakatan Harapan. (Gambar daripada BBC)

Seterusnya, peka terhadap politik semasa dan tidak takut dalam menyuarakan pendapat anda. Ini adalah hak anda sebagai rakyat Malaysia dan juga kebebasan bersuara anda. Jikalau anda ingin menjadi lebih aktif dan merasakan ingin menyumbang lebih, terdapat wujudnya pelbagai gerakan anak muda yang berpaksikan pertubuhun kerajaan atau bebas di Malaysia. Contohnya Undi 18 dengan inisiatif Parlimen Digital yang merupakan sesi parlimen atas talian dengan anak muda mewakili daerah setempat di serata Malaysia.

Antara topik Parlimen Digital yang diketengahkan dalam sesi parlimen bersama anak muda dari serantau satu Malaysia. (Gambar daripada Parlimen Digital)

Bagaimana pula sekarang?

Teruskan meyuarakan pendapat dan hak anda terhadap pihak atasan. Tambahan pula, sentiasa peka dengan perubahan sekeliling dan mengundilah apabila masa tiba. Jangan lupa, laman sosial merupakan senjata terhebat anak muda dalam sesuatu pendekatan. Untuk para pelajar universiti, jadilah perubahan pada diri anda sendiri. Bersolidariti dan bersatu padulah dalam sesuatu masalah yang berkaitan dengan kebajikan pelajar seperti kenaikan yuran dan masalah penempatan bilik. Beringatlah kerana ketiadaan tindakan daripada pihak anda sendiri akan menyebabkan sesuatu masalah menjadi lebih besar kelak. Jikalau para pelajar universiti di Thailand dapat menyuarakan pendapat mereka mengenai kerabat diraja sehingga menyebabkan demonstrasi dan tetap teguh ketika diancam Lèse-majesté, mengapakah pelajar kita tidak mampu buat sedemikian? Renung – renungkanlah.

Nukilan Azuan Aizuddin dengan kerjasama UTM Inside

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *